Integrity Headless CMS Integrity Malaysia (/ms/ms/)
operation varsity blues
Articles

Ulasan filem: Operasi Varsity Blues – membongkar skandal kemasukan kolej

9 August 2023 • 1 min read
CMS Editor Preview

operation varsity blues“Operation Varsity Blues: The College Admissions Scandal” ialah sebuah drama dokumentari yang mencengkam, diarahkan oleh Chris Smith, yang terkenal dengan dokumentari terkenalnya seperti “Jim and Andy: The Great Beyond” dan “Fyre.” Filem ini menyelidiki skandal kemasukan kolej 2019, mempamerkan perunding manipulatif, William Rick Singer, yang dilakonkan dengan cemerlang oleh Matthew Modine.

Perwatakan Singer menggambarkan sifat licik, teratur dan serius, ianya dapat dilihat ketika dia memudahkan ibu bapa yang kaya dalam mendapatkan kemasukan untuk anak-anak mereka ke universiti berprestij, menggunakan taktik menipu.

Filem ini memaparkan bagaimana skim penipuan Singer dilakukan, menggunakan rakaman wawancara sebenar dengannya. Penonton menyaksikan bagaimana Singer memanipulasi peperiksaan kemasukan kolej seperti Scholastic Assessment Test (SAT) dan American College Testing (ACT), mengatur untuk menipu dan memalsukan markah ujian. Selain itu, memberi rasuah kepada jurulatih dan pentadbir kolej untuk merekrut pelajar yang tidak berkelayakan sekaligus menyerlahkan kedalaman skandal itu.

“Operation Varsity Blues” berfungsi sebagai peringatan yang kuat tentang kepentingan integriti akademik dan keperluan untuk proses pemilihan yang adil. Kes ini juga menekankan keperluan sistem pemberian maklumat yang mantap dalam institusi pendidikan untuk mengenal pasti penyelewengan dan mencegah penipuan dengan segera.

Hanya dalam masa 103 minit, filem ini mengejutkan penonton dengan realiti skandal itu, dengan menyedari tentang implikasi etika pendidikan tinggi.